Siapa Saya?

Facebook saya


Saya minat membaca sejak dari kecil lagi. Sejak dari zaman persekolah, saya suka menyalin semula nota-nota pelajaran secara tulisan tangan. Kemudian saya menyalin dan membuat nota sendiri dengan mesin taip. Itu semua saya lakukan untuk rujukan saya sendiri.


Saya teruskan hobi ini menggunakan Microsoft word dan jadikan buku-buku sehingga kini. Sesetengah buku saya cetak dan jilid sementara yang lain saya kongsikan dalam bentuk pdf.


Minat menulis saya ini diketahui oleh sahabat saya Mohd Amali Kamarudin. Beliau telah memperkenalkan saya dengan referral saya Dr. Rohimah Mohamud. Dengan kesibukan tugas, saya hanya menjadi pengikut pasif pada awalnya tetapi setelah menghadiri beberapa sesi taklimat bersama MSGA Sdn Bhd, saya membuat keputusan menyertai MSGA Sdn Bhd secara aktif.


Satu buku telah saya terbitkan melalui platform www.hishamacademy.com, satu pada editor, satu hampir siap dan beberapa lagi dalam proses penghasilan.


Sesiapa yang mempunyai kecenderungan sama seperti saya bolehlah mendapatkan maklumat lanjut untuk sama-sama dengan Jihad Ekonomi, Jihad Ilmu, Jihad Pendidikan.


Zenkai Md Hisham Abd Razak